Pertama sekali, Assalamulaikum w.b.t. dan selamat datang ke blog saya
yang tersergam indah lagi persona membuatkan hati anda membuak-buak ingin
mengetahui apakah yang tersurat dalam 1st entri saya ni. Haa gempak
tak muqaddimah? Well you know me~ (angin sepoi2 meniup pipi yang gebu)
  
Bila anda lihat tajuk yang tulis kat atas tu DATA , apa yang terlintas
dalam fikiran anda? Apa yang popap= ‘pop up’ dalam minda anda? Apa yang
berlingar-lingar dalam kawasan serebrum/serebelum anda? Haa , banyak pulak la
soalan, pertanyaan, kenyataan, kemusykilan aku kat korang ni. Tertekan tak?
(noted : stress not press) 
   
Relex, jangan marah-marah tak sudah nanti susah lah. Okey2, saya tak
main-main dah nak bagitahu la ni. Ehem.. ehem..
  
DATA. What I mean here is not about, data kewangan korang atau penyanyi
kumpulan data yang nyanyi lagu mengulit kenangan atau data yang kita
belajar Microsoft Excel atau subjek matematik yang banyak-banyak data tu.
TAPI…. Cara bagaimana korang simpan data=maklumat , cara korang gunakan data tu
bila diperlukan.
  
Sebenarnya, entri saya ni lebih kepada nak meluahkan perasaan yang tak
terluah2 sejak berabad lamanya. Hmmm
Kisahnya, saya terlibat dalam sebuah
organisasi dikolej saya dimana sebelum menyertai organisasi tersebut, kami
diarah untuk mengisi borang-borang peribadi yang menyatakan maklumat-maklumat
kami seperti nombor telefon, email, ic dan sebagainya. Kemudian kami di invite
dalam group whatsapp yang khas untuk organisasi itu. Satu hari notification
keluar daripada s/u untuk meminta data=maklumat setiap seorang daripada
kami. Daripada miminta nombor telefon di group, disuruh lagi pm=personal
message ic, dan seterusnya. (berulang2)
  
Ye, ini zaman teknologi. Semuanya di hujung jari tiada apa yang perlu dirisaukan
dan tidak menyusahkan. Tapi, saya nak tanya di mana data-data kami ? korang
tak buat kerja ke? 
  
Saya juga ada perlu menyelesaikan beberapa dokumen bagi pinjaman saya
dan setiap proses saya perlu mengemukan dokumen yang sama. Kemudian saya terfikir
sejenak, inikah caranya? Cara manusia bekerja.
  
Dan saya berfikir secara positif kembali, jika kita menyenangkan kerja
orang,orang akan menyenangkan kita. Jadi, bila kita just bagi apa2 yang dorang
minta, tak da lah susah-susah dorang nak cari data kita satu-satu untuk keyin.
Haa tu la namanya kita menyenangkan kerja orang lain.
PENGAJARAN:
1.     
Sentiasa
bersabar
2.     
Senangkan kerja
orang
3.     
Berfikir
positif selalu
 
No comments:
Post a Comment