Monday, 26 October 2015

PING PONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga blogger2 mahupun bukan blogger sekalian, yang berada nun jauh di hujung sana tanpa megira waktu kita sentiasa boleh berhubung dengan hanya dipisahkan oleh screen laptop berpasangkan internet berkelajuan tinggi mengalahi Usain Bolt yang berlari sepantas kilat walaupun kita tahu dek akal yang kilat lebih pantas dari segala-galanya (haish bila nak jumpa noktah ni? )  Yela2, ............."noktah"......................
    
     Entri saya yang kedua ini saya nak menceritakan cara-cara, peraturan, undang-undang, langkah,langkah untuk bermain satu permainan yang menggunakan sebiji bola (tapi sebenarnya kene guna banyak bola) yang agak ringan diatas meja yang direka khas untuk pemain yang disayanginya pun adoi. Dinamakan PING-PONG tapi, bukan biskut cap ping pong ye.
okey, kali ni serius.....
 
     Ping pong boleh dimain secara individu/solo (1vs1) dan beregu (2vs2). Cara mengira point   yang diperolehi bagi solo dan beregu adalah berbeza sama sekali.
  
  1st serve

Pemain A perlu melantunkan bola sebanyak dua kali di atas meja, lantukan pertama diatas meja sendiri sehingga ia melantun kali kedua di meja pihak lawan.

Solo : Pemain A bebas melantunkan bola sama ada kiri atau kanan pada lantunan kedua di meja pihak lawan.

Beregu : Pasukan A perlu memastikan 1st serve yang dilancarkan adalah bersilang dengan kedudukan anda. Jika anda berada dikanan, bola lantunan kedua mesti dikotak kiri pihak lawan hadapan anda.

Sambut Bola

Pemain harus menyambut bola apabila bola melantun di meja anda hanya sekali. Jika dua kali bola melantun maka point anda akan hilang. Sama juga jika anda menyambut bola sebelum bola melantun dimeja anda.

Solo : pemain bebas berada dimana-mana kedudukan semasa menyambut bola.

Beregu : jika Pasukan A pemain 1 melakukan 1st serve, pasukan B pemain 1 akan menyambut bola, kemudian pasukan A pemain 2 akan menyambut bola dan pasukan B pemain 2 menyambut bola, seterusnya pasukan A pemain 1. Sambutan bola perlu diselang seli antara pemain. Sekiranya pemain tidak menyambut bola semasa giliran dia, markah akan diberi kepada pihak lawan.

Out

Jika bola dari pihak lawan tidak melantun dimeja kita, tetapi jauh tersasar (berdasarkan anggaran kita) maka, kita biarkan bola itu, dan mata menjadi milik kita. Sekiranya kita menyambut bola yang sudah out ke pihak lawan, dan pihak lawan tidak melakukan  apa-apa, maka kita akan hilang point. 

Point Akhir

Pemenang boleh ditentukan melalui point yang dikumpul oleh pemain sama ada 11p atau 21p. Jika kedua-dua pasukan seri pada point ke-10 atau ke-20, maka point kemenangan akan dinaikkan kepada 12 atau 22. Begitu juga jika seri pada point 11 dan point 21, akan dinaikkan sebanyak 1 point.

Kesimpulan. 
Permainan secara beregu lagi senang nak dapat point kalau teammate tu boleh coorperate betul-betul. Dan susah hilang point juga sebab salah sikit je, point akan diberi kepada pihak lawan.

   Sampai sini saja entri saya kali ni. Maaf kalau ada yang tersalah pasal rules yang dibentangkan tu.

No comments:

Post a Comment