Baru-baru ni
saya ditawarkan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor. Alhamdulillah. Dan
semestinya kita kene selesaikan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak
Lembaga. Macam saya, dia orang minta 5 set perjanjian berserta setem hasil yang
telah dimeterai setiap satu.
Kepada pembaca
blog yang tertanya-tanya atau konfius nak uruskan hal yang ada kaitan dengan
setem hasil, disini saya ada jalan penyelesaiannya. 
Kalau
siapa-siapa yang tak beli lagi setem hasil (macam saya ni) boleh beli dekat
mana2 pejabat pos yang berkaitan. Sebab saya pelajar UKM, jadi saya beli dekat
PUSANIKA aras 6, yang ada kerusi-kerusi merah tu. Ambil nombor dan tunggu
giliran lepas tu pergi kaunter pelbagai cakap je nak beli setem hasil. Setiap
setem hasil harganya RM10.
Lepastu
lekatkan setem hasil dekat borang-borang yang berkaitan, selalunya dekat buju
atas belah kanan kertas.
Untuk matikan
setem hasil, korang boleh pergi dekat pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ada
dekat Stesen Bas aras 3 Pekan Kajang, Jalan Reko. Haa caranya ; 
-Boleh naik bas
rapid cakap nak pergi pekan kajang bayar RM1.
-Masuk bangunan
stesen bas tu, naik je mana-mana tangga / lif pergi aras 3.
-Cari pejabat
LHDN.
-Pergi kaunter
giliran kanan sekali, diorang akan bagi borang untuk isi. Isi yang penting je,
dia dah tanda mana yang perlu diisi. Korang kene bawa pen sendiri sebab kat
sana tak de pen.
-Hantar balik
kat kaunter tu, dorang akan bagi nombor giliran.
-Tunggu nombor
dipanggil, dan pergi kaunter.
-Dorang akan
cop dekat setem yang korang dah lekat.
Selesai.
Sekejap je, tak
sampai 10 min pun urusan dia. Tapi yang lamanya sebab perjalanan la. Naik bas
tu ambil masa. Haa nak balik UKM tu nanti naik bas yang ada nombor sama macam
yang korang naik mula-mula tadi. 
Kalau macam kes
saya, saya bernasib baik sebab masa bas berhenti dekat stesen bas tu, masa
rehat bas. Jadi bila saya selesai matikan setem hasil, bas rapid tu masih ada
tepat-tepat dia nak gerak dah. 
So, tu je kisah
saya dan setem hasil. Harap entri kali ni membantu para pembaca.
 
Terima kasih
ReplyDeletemasheh
ReplyDelete