Sekretariat ini ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti/program seperti Hari kanak-kanak, Sukaneka, Prgram Derma Darah, Projek Gelandangan dan sebagainya.
Ahli2 siswi terbahagi kepada dua bahagian , Kebajikan dan KASWITA
Bagi siapa yang terlibat dengan Siswi, secara tak langsung akan menjadi sebahagian ahli TG2KM iaitu salah satu program flagship di kolej kami.
Sebelum program2 yang disebut diatas bergerak/dijalankan, kami telah pun melaksanakan Hari Interaksi Mega TG2KM yang melibatkan Exco dan AJK TG2KM
Tanggal 22 NOV 2015 berlangsungnya hari interaksi tersebut di Court, KKM , pada jam 7.30 pagi
Muzik rancak dimainkan dan apalagi, senamrobik pun mulalah.
Agihan kumpulan berulang-ulang kali membuatkan saya agak stress pada mulanya, selepas itu barulah saya faham, inilah yang dikatakan interaksi dimana kami perlu mencari/mengenal/berkomunikasi dengan orang yang kita tidak kenali sebelum ini.
Akhirnya, kumpulan telah berjaya ditubuhkan dengan 5 orang ahli setiap kumpulan.
Seterusnya, saya nak kongsikan antara games/missions yang perlu kami selesaikan.
1. Masukkan kapal terbang kertas ke dalam baldi
Setiap ahli perlu menerbangkan kapal terbang (yang dah disediakan oleh fasi) ke dalam baldi dalam masa 3 min.
2. Tolak tin
hujung tali rapia (tak tahu eja) diikat pada tin, dan hujung satu lagi diikat pada pinggang pemain. tolak tin satu lagi menggunakan tin yang telah diikat.
3. belon air
baling belon air kebelakang kearah rakan pemain sehingga pemain terakhir.
4. sudu garpu
asingkan sudu dan garpu yang bercampur dalam kotak dalam masa 1 min.
buat 5 perkataan daripada konsonan dan vokal yang terdapat pada sudu/garpu yang dipilih.
5. makan
pemain pertama perlu menghabiskan maggi hot cup, kemudian pemain lain makan telur rebus, then makan cokelat, lepastu orang last minum air gas. dalam masa yang ditetapkan.
p/s : haaa, ni antara aktiviti yang kitorang buat. bestla jugak. dapat ahli group yang happening.


 
No comments:
Post a Comment