Wednesday, 25 November 2015

Hari Interaksi Sekretariat Keusahawanan KKM

Sebagai pengenalan, saya merupakan salah seorang sekretariat keusahawanan di kolej kediaman saya. Sekretariat ini ditubuhkan untuk melancarkan program mobiliti kami ke Beijing, China akan datang. Permulaan gerak kerja kami adalah mengadakan Hari Interaksi & Pembersihan Pantai di Ekomar Mersing, Johor pada tanggal 9-11 Oktober 2015. Program ini adalah hasil kerjasama bersama-sama IM4U.

Selama 2 hari 1 malam merupakan saat yang bermanfaat yang banyak pengetahuan yang saya perolehi dengan aktivit-aktiviti yang berfaedah dan menggembirakan hati. Perjalanan kami bermula pada jam 1.00 pagi dengan menaiki bas dan tiba dalam jam 7.30 pagi.

Selepas meletakkan barang dan sarapan, kami memulakan aktiviti dengan mengagihkan kumpulan. Sesi pengenalan dijalankan dalam beberapa minit bersama-sama ahli kumpulan. Then, mulalah perjalanan explorace. Pelbagai games yang menarik. Apa yang saya tak boleh lupa ialah terpaksa kemam air sirap garam yang pekat untuk penuhkan satu botol. yukkkssss (bayangkan jelah)

Ada juga denda sebab tak boleh selesaikan mission yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan, iaitu, menyapu pasir debu pantai dekat muka. Haaa masa tu tak sapu betul-betul pun, gaya je lebih.

okey dah penat membebel... nahhh korang tengok la gambar pulak...
 masa mula sampai di destinasi, mamai, ngantuk, sakit pinggang, sejuk
 masukkan air dari cawan dalam botol guna tali

majlis perasmian dan anugerah pemenang.

  mari bergambar

 pembentangan cara meminta dana

the making tower of straw

dah bersih pantai, mari bergambar, pastu celup2 dalam air.

No comments:

Post a Comment