Monday, 16 November 2015

SETEM HASIL



    Baru-baru ni saya ditawarkan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor. Alhamdulillah. Dan semestinya kita kene selesaikan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak Lembaga. Macam saya, dia orang minta 5 set perjanjian berserta setem hasil yang telah dimeterai setiap satu.
Kepada pembaca blog yang tertanya-tanya atau konfius nak uruskan hal yang ada kaitan dengan setem hasil, disini saya ada jalan penyelesaiannya.

Kalau siapa-siapa yang tak beli lagi setem hasil (macam saya ni) boleh beli dekat mana2 pejabat pos yang berkaitan. Sebab saya pelajar UKM, jadi saya beli dekat PUSANIKA aras 6, yang ada kerusi-kerusi merah tu. Ambil nombor dan tunggu giliran lepas tu pergi kaunter pelbagai cakap je nak beli setem hasil. Setiap setem hasil harganya RM10.
Lepastu lekatkan setem hasil dekat borang-borang yang berkaitan, selalunya dekat buju atas belah kanan kertas.

Untuk matikan setem hasil, korang boleh pergi dekat pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ada dekat Stesen Bas aras 3 Pekan Kajang, Jalan Reko. Haa caranya ;
-Boleh naik bas rapid cakap nak pergi pekan kajang bayar RM1.
-Masuk bangunan stesen bas tu, naik je mana-mana tangga / lif pergi aras 3.
-Cari pejabat LHDN.
-Pergi kaunter giliran kanan sekali, diorang akan bagi borang untuk isi. Isi yang penting je, dia dah tanda mana yang perlu diisi. Korang kene bawa pen sendiri sebab kat sana tak de pen.
-Hantar balik kat kaunter tu, dorang akan bagi nombor giliran.
-Tunggu nombor dipanggil, dan pergi kaunter.
-Dorang akan cop dekat setem yang korang dah lekat.

Selesai.

Sekejap je, tak sampai 10 min pun urusan dia. Tapi yang lamanya sebab perjalanan la. Naik bas tu ambil masa. Haa nak balik UKM tu nanti naik bas yang ada nombor sama macam yang korang naik mula-mula tadi.

Kalau macam kes saya, saya bernasib baik sebab masa bas berhenti dekat stesen bas tu, masa rehat bas. Jadi bila saya selesai matikan setem hasil, bas rapid tu masih ada tepat-tepat dia nak gerak dah.
So, tu je kisah saya dan setem hasil. Harap entri kali ni membantu para pembaca.

2 comments: