Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian. Entri saya pada kali ini ialah tentang program yang telah saya sertai di kolej saya iaitu menjadi sekretatiat Siswi.
Sekretariat ini ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti/program seperti Hari kanak-kanak, Sukaneka, Prgram Derma Darah, Projek Gelandangan dan sebagainya.
Ahli2 siswi terbahagi kepada dua bahagian , Kebajikan dan KASWITA
Bagi siapa yang terlibat dengan Siswi, secara tak langsung akan menjadi sebahagian ahli TG2KM iaitu salah satu program flagship di kolej kami.
Sebelum program2 yang disebut diatas bergerak/dijalankan, kami telah pun melaksanakan Hari Interaksi Mega TG2KM yang melibatkan Exco dan AJK TG2KM
Tanggal 22 NOV 2015 berlangsungnya hari interaksi tersebut di Court, KKM , pada jam 7.30 pagi
Muzik rancak dimainkan dan apalagi, senamrobik pun mulalah.
Agihan kumpulan berulang-ulang kali membuatkan saya agak 
stress pada mulanya, selepas itu barulah saya faham, inilah yang dikatakan interaksi dimana kami perlu mencari/mengenal/berkomunikasi dengan orang yang kita tidak kenali sebelum ini.
Akhirnya, kumpulan telah berjaya ditubuhkan dengan 5 orang ahli setiap kumpulan.
Seterusnya, saya nak kongsikan antara 
games/missions  yang perlu kami selesaikan.
1. Masukkan kapal terbang kertas ke dalam baldi
    Setiap ahli perlu menerbangkan kapal terbang (yang dah disediakan oleh fasi) ke dalam baldi dalam masa 3 min.
2. Tolak tin
   hujung tali rapia (tak tahu eja) diikat pada tin, dan hujung satu lagi diikat pada pinggang pemain. tolak tin satu lagi menggunakan tin yang telah diikat. 
(games ni malu sikit)
3. belon air
    baling belon air kebelakang kearah rakan pemain sehingga pemain terakhir.
4. sudu garpu
    asingkan sudu dan garpu yang bercampur dalam kotak dalam masa 1 min.
    buat 5 perkataan daripada konsonan dan vokal yang terdapat pada sudu/garpu yang dipilih.
5. makan
    pemain pertama perlu menghabiskan maggi hot cup, kemudian pemain lain makan telur rebus, 
then makan cokelat, lepastu orang 
last minum air gas. dalam masa yang ditetapkan.
p/s : haaa, ni antara aktiviti yang kitorang buat. bestla jugak. dapat ahli group yang happening.