Tuesday 5 January 2016

maulidurrasul

Mari kita hayati kisah Nabi Muhammad, Rasul kita ...
Nabi Muhammad saw lahir di Makkah pada hari Senin tanggal 12 Rabi’ul Awwal tahun Gajah dalam keadaan yatim.
Penamaan tahun Gajah berkaitan dengan peristiwa pasukan Gajah yang dipimpin oleh Abrahah, Gubernur Yaman yang ingin menghancurkan Ka’bah. Namun sebelum sampai ke kota Makkah, mereka diserang oleh pasukan burung yang membawa batu-batu kerikil panas (lihat QS Al-Fil: 1-5).
Kelahiran Nabi Muhammad Saw bertepatan dengan tanggal 20 April 571 Masehi

Nabi Muhammad saw pertama kalinya disusui oleh ibunya Aminah dan Tsuwaibatul Aslamiyah. Namun itu hanya beberapa hari. Selanjutnya beliau disusui oleh Halimah As-Sa’diyah di perkampungan bani Sa’ad.

Pada masa mudanya, beliau telah menjadi pengusaha sukses dan hidup berkecukupan dari hasil usahanya  . Pada usia yang ke-25 tahun, Muhammad saw menikah dengan Khadijah binti Khuwailid, seorang janda kaya berusia 40 tahun. Pernikahan ini diawali dengan lamaran Khadijah kepada Muhammad saw setelah melihat dan mendengar kelebihan-kelebihan dan akhlaknya.

Pada tanggal 17 Ramadhan tahun 611 M, Muhammad SAW mendapatkan wahyu pertama dari Allah melalui Malaikat Jibril.
Pada saat beliau tidur dan terbangun dengan tiba-tiba pada malam itu di gua bernama Hira, dalam ketakutan yang luar biasa, seluruh tubuhnya, seluruh diri bathinnya, dicengkeram oleh sebuah kekuatan yang sangat besar, seolah-olah seorang malaikat telah mencengkeram beliau dalam pelukan yang menakutkan yang seakan mencabut kehidupan dan napas darinya. Ketika beliau berbaring di sana, remuk redam, beliau mendengar perintah, “Bacalah!” beliau tidak dapat melakukan ini beliau bukan penyair terdidik, bukan peramal, bukan penyair dengan seribu kalimat yang tersusun dengan baik yang siap dibibir beliau. Ketika itu beliau protes bahwa beliau adalah buta huruf, malaikat itu merangkulnya lagi dengan kekuatan yang begitu rupa, hingga turunlah ayat yang pertama yaitu ayat 1 sampai 5 dalam surat Al-‘Alaq

Nabi Saw hijrah ke Madinah pada tahun ke 13 kenabian yang bertepatan dengan tahun 622 M. Di dalam riwayat Ibnu Ishak dijelaskan bahwa beliau keluar dari rumahnya yang saat itu sedang dikepung oleh pasukan bersenjata kaum musyrik Makkah yang ingin membunuhnya. Lalu Allah Swt menidurkan mereka. Sambil membaca QS. Yasin: 1-9 beliau manaruh pasir di kepala mereka semua, kemudian pergi ke rumah Abu Bakar untuk hijrah bersama ke kota Madinah. Nabi Muhammad saw tiba di Madinah pada hari Senin tanggal 12 Rabiul Awwal tahun 1 Hijriyah.

4 sifat manusia

Just for share, you can read until the end or stop and go to sleep ^_^  . Just kidding.
dalam dunia psikologi terdapat 4 jnis sifat manusia. setiap individu mesti mempunyai beberapa drpd sifat ini.

1) SI POPULAR (SANGUNIS)
*keperibadian yang menarik, mempunyai sifat jenaka yang tinggi, suka menghidupkan suasana, emosional dan demonstratif, periang dan penuh semangat, dan kaya dengan rasa ingin tahu, dalam pekerjaan anda seorang kreatif, inovatif, antuasiasme, sukarelawan, menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja, sebagai seorang teman anda mudah bergaul, mencintai orang lain, suka dipuji, dan menyenangkan. suka kegiatan yang spontan , merupakan figura seorang pemimpin sirkus.

2) SI SEMPURNA (MELANKOLIS)
*berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, analitis mendalam dan seorang pemikir, menghargai keindahan dan peka terhadap perasaan orang lain, idealitis dan suka berkorban. dalam pekerjaan, orang melankolis berorientasi pada jadual, seorang yang mementingkan kesempurnaan, punya piawaian yang tinggi dan rinci, tertib dan tersusun, perlu menyelesaikan apa yang dimulai. sebangai seorang teman, melankolis adalah seorang yang setia, suka mendengar keluhan, berhati-hati dalam berteman, sangat memperhatikan orang lain, terharu oleh air mata penuh belas kasihan, merupakan pasangan ideal.

3) SI KUAT (KOLERIS)
*berbakat pemimpin , dinamik dan aktif, kemahuan kuat dan tegas, tidak emosional bertindak, tidak mudah patah semangat, memancarkan keyaakinan, bebas dan berdikari. dalam pekerjaan, berorientasi matlamat, melihat seluruh gambaran, tersusun dengan baik, menari pemecahan praktis, bergerak cepat untuk bertindak,
berdelegasi pekerjaan, menekankan pada hasil, berkembang kerana saingan. orang koleris tidak terlalu memerlukan teman, mahu bekerja untuk kegiatan, mahu memimpin dan mengorganisasi, bisanya benar, unggul dalam keadaan darurat.

4) SI DAMAI (PHLEGMAATIS)
* rendah hati mudah bergaul dan santai, tenang sabar, konsisten, simpati dan baik hati.
menyembunyikan emosi bahagia menerima kehidupan. dalam pekerjaan punya kemampuan administratif, menjadi penegah masalah, menghindari konflik, baik di bawah tekanan, menemukan cara yang mudah, mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik, selera jenaka yang menggigit, suka mengawasi orang lain, mempunyai banyak teman,mempunyai belas kasihan dan pehatian. 

setelah anda baca perihal di atas, anda boleh tahu, sifat manakah yang bersesuaian dengan peribadi anda.
SEKIAN ~



Monday 14 December 2015

BAHASA ADALAH BANGSA


dalam banyak-banyak lagu, lagu apa yang korang suka? i means lagu melayu, lagu inggeris, lagu cina, lagu hindustan, lagu korea? sebenarnya semua lagu tu saya suka. tapi kebanyakan rakan-rakan saya mesti lebih menyukai lagu inggeris. saya lebih menyukai lagu melayu yang dahulu, tak macam lagu melayu sekarang yang tak boleh  nak hayati liriknya (tak semua lagu la)
bagi saya lagu melayu dulu dulu banyak kata-kata puitis yang indah.

tu muqaddimah je baru. saya cerita istilah , tatabahasa yang sering disalah guna oleh masyarakat kita sekarang ni.

bersama-sama

perkataan bersama dan bersama-sama membawa maksud yang berbeza. sangat penting utnuk pembaca mengetahui hal ini.
selalu orang kata " marilah kita bersama berganding bahu...." ianya Salah.
Sepatutnya, " marilah kita bersama-sama berganding bahu...." ini Betul.
perkataan 'bersama' digunakan untuk orang yang ingin melakukan hubungan atau bersetubuh.
jika anda mengatakan " Mr, Washington telah berucap bersama Sally dalam sebuah majlis..." ia akan memberi maksud yang berbeza.

dari dan daripada

1. ' surat ini dari siapa? '
2. ' surat ini daripada siapa?'
mana betul? jawapannya yang no.2

1. ' dari mana surat ini?'
2. ' daripada mana surat ini?'
mana betul? jawapannya, yang no.1

pembezaan dan perbezaan

apakah pembezaan aku dan dia --- salah
apakah perbezaan aku dan dia ----- betul

istilah PEMBEZAAN hanya untuk matematik dibawah tajuk kalkulus.

p/s ; bersambung




ETIKA KERJA

Dalam sesi pembelajaran saya, saya telah ditugaskan untuk menerangkan serba sedikit mengenai tajuk dibawah. Saya ingin berkongsikan kajian saya pada anda semua adalah kerana pada pendapat saya pengamalan etika yang baik adalah sangat penting bagi kita semua. Terutamanya dalam aktiviti pengurusan. Berikut adalah kajian saya. 

HARIMAU


Pada tempoh hari yang lalu, lecturer kami telah memberi tugasan untuk mencipta satu brochure tentang apa-apa yang berkaitan tapi mestilah mengenai akademik.

Masa tu, saya terfikir untuk mengambil tajuk " KENALI SPESIS HARIMAU "

Bak kata lain, saya memamg minat/suka/teruja melihat harimau. Haiwan lain yang saya gemari seangkatan dengannya seperti singa.

Kenapa harimau? Tak takut ke?

Sebab kegarangan dia tu menjadi inspirasi bagi saya. Dan saya juga pernah mengambil test mengenai ciri-ciri haiwan yang ada pada saya, ternyata Harimau jawapannya. Haha.

Takut, memanglah takut kalau jumpa tapi selagi tak jumpa buat apa nak takut. Kadang-kadang teringin sangat nak jumpa. Pernah tengok muka harimau yang cute? So adorable. :)


Haaa, inilah brochure yang saya create tempoh hari. Fakta menarik tentang harimau, ada saya nyatakan.

AGAMA DIKALANGAN ORANG CINA.


   Seperti yang dijanjikan tempoh hari, saya akan berkongsi artikel berkaitan agama atau kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat cina sejak dahulu kala lagi.
Pertama sekali ialah  falsafah yang dipegang oleh masyarakat China, terdapat dua falsafah iaitu Konfucianisme dan Taoisme.

   Berkenaan falsafah Taoisme, ia berasaskan ajaran oleh Lao Tze dan juga Chuang Tzu dimana falsafah ini menekankan keharmonian alam semesta. Kebanyakan yang memegang falsafah ini adalah dikalangan penduduk di kawasan yang terpencil.

   Manakala falsafah Konfuciannisme diperkenalkan oleh ahli falsafah China yang bernama Confucius. Falsafah ini tidak menganggap satu agama itu berunsur ketuhanan, akan tetapi ia merupakan amalan-amalan yang baik seperti budi bahasa, kemurahan hati, amanah, rajin, dan semua sifat baik. Berbeza dengan ajaran Taoisme, Konfucianisme dianuti oleh pegawai-pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi.

   Kedua, ialah pengaruh agama luar iaitu Agama Buddha dan Agama Islam.
Agama Buddha meresap dalam masyarakat China semasa kejatuhan pemerintahan Dinasti Ming. Pada masa itu, kekuasaan kerajaan Maharaja Ming menjadi Lemah. Agama ini mengajar supaya setiap penganut hidup secara sederhana tiada tamak haloba dalamdiri masing-masing. Ajaran ini juga disenangi oleh golongan bawahan seperti petani.

   Agama Islam pula berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W. Pada masa dahulu, ramai golongan orang Arab yang berlabuh di negara China, dan membuat penempatan disitu. Oleh itu agama Islam tersebar ke serata China. Sumbangan agama Islam kepada China adala termasuk ilmu astronomi, matematik, pelayaran, perubatan, dan juga pembinaan.


   Kesimpulannnya, ajaran yang dianuti oleh masyarakat China semuanya mengajarkan hal-hal yang baik dan sifat jahat itu merupakan keburukan.

CHINA


   Korang mesti pernah tengok cerita cina kan? Sama ada kung-fu, polis-polis, peguam bela mahupun love story. Samalah saya pun layan cerita cina juga lagi-lagi kalau hero dia Jet Li atau Jackie Chan.
Entri ini akan saya kongsikan berkenaan dengan negara China, tapi bukan lah filem dan hero saya nak cerita, ianya berkaitan dengan kajian yang saya buat sempena presentation saya tempoh hari dalam kursus Etika Perbandingan.

   Bercakap mengenai china, ianya tak lari daripada istilah Dinasti. Lepas saya buat research, dapatlah saya tahu sedikit demi sedikit tentang Dinasti Ming dan Dinasti Sung.
Saya mulakan dengan Dinasti Ming, dimana ia dikatakan sebuah kerajaan Islam di China kerana ramai orang Islam yang datang berhijrah ke China dan mula menyebarkan agama islam disana pada masa itu. Mereka juga telah menubuhkan pusat pengajian Islam bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna.

   Sebut saja Dinasti Ming, ia adalah  kisah Laksamana Cheng Ho yang tidak diragui lagi kehebatannya yang disebut oleh para sejarawan. Nak cerita pasal Cheng Ho ni, beliau merupakan seorang pedagang, pelayar, dan yang paling penting, beliau seorang Muslim.
Beliau pernah belayar ke Melaka pada abad ke-15 semasa pemerintahan Raja Melaka yang ada kaitan kisahnya dengan Puteri Hang Li Po. (tak nak cerita pasal yang tuh) Beliau juga terkenal dengan keberanian, kegagahannya, dan cara beliau menjelajah ke serata dunia.

   Dah habis pasal Dinasti Ming, kali ni Dinasti Sung pula.
Dinasti Sung adalah salah satu dinasti yang terbesar yang pernah memerintah China. Dinasti Sung adalah pemerintahan pertama didunia yang mencetak wang kertas dan mendirikan angkatan laut.
Daerah Dinasti Sung tebahagi kepada dua kawasan, Sung Utara dan Sung Selatan. Kawasan yang terpisah ini adalah untuk mengelakkan gangguan daripada bangsa-bangsa lain. Kerana pada tersebut, banyak gangguan daripada bangsa lain yang membuat kacau dikawasan mereka.

   Semasa Dinasti Sung juga, telah berkembangnya pelbagai ilmu yang wujud pada sekarang seperti teknologi sains, matematik, dan ilmu teknik pra moden.
Haa, maka itulah serba sedikit sejarah dan latar belakang dua dinasti yang hebat iaitu Dinasti Ming dan Dinasti Sung.


p/s : nantikan sambungan artikel bertajuk, ‘Agama Dikalangan Orang Cina’