Monday, 14 December 2015

ETIKA KERJA

Dalam sesi pembelajaran saya, saya telah ditugaskan untuk menerangkan serba sedikit mengenai tajuk dibawah. Saya ingin berkongsikan kajian saya pada anda semua adalah kerana pada pendapat saya pengamalan etika yang baik adalah sangat penting bagi kita semua. Terutamanya dalam aktiviti pengurusan. Berikut adalah kajian saya. 


LANGKAH DALAM MEMPERBAIKI PEGANGAN ETIKA KERJA DAN PENGURUSAN DALAM ORGANISASI

Etika kerja dapat berfungsi sebagai panduan tingkah laku di tempat kerja. Prinsip dan nilai yang terkandung di dalam etika kerja akan menjadi pegangan setiap masyarakat dikalangan pelbagai agama.

Dalam Islam etika/ethos dianggap sebagai akhlak (budi pekerti, perangai, tingkah laku, atau tabiat seseorang) yakni tingkah laku atau perlakuan manusia ke arah kebaikan dan kemanfaatan hidup. Jadi etika kerja dalam islam merupakan suatu sikap yang harus dimiliki saat bekerja yang mana didasari oleh ajaran islam, sehingga dari situ didapat suatu pegangan yang dilandasi oleh hukum islam untuk menjalankan aktivitas bekerja.

Walaupun begitu, ramai masyarakat disekeliling kita yang masih sukar untuk melaksanakan amalan kerja dan pengurusan yang beretika dalam organisasi.
    
Berikut adalah langkah-langkah untuk memperbaiki pegangan etika kerja dan pengurusan dalam organisasi;

·        1. Seseorang individu haruslah sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima konsep dan teori etika kerja dan pengurusan organisasi.

·       2.  Majikan harus memainkan peranan dalam melatih pekerja supaya sentiasa amanah dan produktif dalam bekerja.

·       3.  Melatih diri sendiri supaya sentiasa beretika dengan cara mengikuti ceramah atau kuliah yang memberi manfaat kepada organisasi dan masyarakat.

·       4.  Elakkan diri daripada bergaul dengan kelompok manusia yang mempunyai moral yang negatif.


·        5. Menyedari atau mengetahui bahawa etika kerja dan pengurusan dalam organisasi ada keunikan dan kepentingan yang baik bagi sesebuah organisasi.

No comments:

Post a Comment