Monday, 14 December 2015

AGAMA DIKALANGAN ORANG CINA.


   Seperti yang dijanjikan tempoh hari, saya akan berkongsi artikel berkaitan agama atau kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat cina sejak dahulu kala lagi.
Pertama sekali ialah  falsafah yang dipegang oleh masyarakat China, terdapat dua falsafah iaitu Konfucianisme dan Taoisme.

   Berkenaan falsafah Taoisme, ia berasaskan ajaran oleh Lao Tze dan juga Chuang Tzu dimana falsafah ini menekankan keharmonian alam semesta. Kebanyakan yang memegang falsafah ini adalah dikalangan penduduk di kawasan yang terpencil.

   Manakala falsafah Konfuciannisme diperkenalkan oleh ahli falsafah China yang bernama Confucius. Falsafah ini tidak menganggap satu agama itu berunsur ketuhanan, akan tetapi ia merupakan amalan-amalan yang baik seperti budi bahasa, kemurahan hati, amanah, rajin, dan semua sifat baik. Berbeza dengan ajaran Taoisme, Konfucianisme dianuti oleh pegawai-pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi.

   Kedua, ialah pengaruh agama luar iaitu Agama Buddha dan Agama Islam.
Agama Buddha meresap dalam masyarakat China semasa kejatuhan pemerintahan Dinasti Ming. Pada masa itu, kekuasaan kerajaan Maharaja Ming menjadi Lemah. Agama ini mengajar supaya setiap penganut hidup secara sederhana tiada tamak haloba dalamdiri masing-masing. Ajaran ini juga disenangi oleh golongan bawahan seperti petani.

   Agama Islam pula berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W. Pada masa dahulu, ramai golongan orang Arab yang berlabuh di negara China, dan membuat penempatan disitu. Oleh itu agama Islam tersebar ke serata China. Sumbangan agama Islam kepada China adala termasuk ilmu astronomi, matematik, pelayaran, perubatan, dan juga pembinaan.


   Kesimpulannnya, ajaran yang dianuti oleh masyarakat China semuanya mengajarkan hal-hal yang baik dan sifat jahat itu merupakan keburukan.

No comments:

Post a Comment