Korang
mesti pernah tengok cerita cina kan? Sama ada kung-fu, polis-polis, peguam bela
mahupun love story. Samalah saya pun layan cerita cina juga lagi-lagi kalau
hero dia Jet Li atau Jackie Chan. 
Entri
ini akan saya kongsikan berkenaan dengan negara China, tapi bukan lah filem dan
hero saya nak cerita, ianya berkaitan dengan kajian yang saya buat sempena
presentation saya tempoh hari dalam kursus Etika Perbandingan.
   Bercakap
mengenai china, ianya tak lari daripada istilah Dinasti. Lepas saya buat
research, dapatlah saya tahu sedikit demi sedikit tentang Dinasti Ming dan
Dinasti Sung.
Saya
mulakan dengan Dinasti Ming, dimana ia dikatakan sebuah kerajaan Islam di China
kerana ramai orang Islam yang datang berhijrah ke China dan mula menyebarkan agama
islam disana pada masa itu. Mereka juga telah menubuhkan pusat pengajian Islam
bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna.
   Sebut
saja Dinasti Ming, ia adalah  kisah
Laksamana Cheng Ho yang tidak diragui lagi kehebatannya yang disebut oleh para
sejarawan. Nak cerita pasal Cheng Ho ni, beliau merupakan seorang pedagang,
pelayar, dan yang paling penting, beliau seorang Muslim. 
Beliau
pernah belayar ke Melaka pada abad ke-15 semasa pemerintahan Raja Melaka yang ada
kaitan kisahnya dengan Puteri Hang Li Po. (tak nak cerita pasal yang tuh)
Beliau juga terkenal dengan keberanian, kegagahannya, dan cara beliau
menjelajah ke serata dunia.
   Dah
habis pasal Dinasti Ming, kali ni Dinasti Sung pula.
Dinasti
Sung adalah salah satu dinasti yang terbesar yang pernah memerintah China.
Dinasti Sung adalah pemerintahan pertama didunia yang mencetak wang kertas dan
mendirikan angkatan laut.
Daerah
Dinasti Sung tebahagi kepada dua kawasan, Sung Utara dan Sung Selatan. Kawasan
yang terpisah ini adalah untuk mengelakkan gangguan daripada bangsa-bangsa
lain. Kerana pada tersebut, banyak gangguan daripada bangsa lain yang membuat
kacau dikawasan mereka.
   Semasa
Dinasti Sung juga, telah berkembangnya pelbagai ilmu yang wujud pada sekarang seperti
teknologi sains, matematik, dan ilmu teknik pra moden. 
Haa,
maka itulah serba sedikit sejarah dan latar belakang dua dinasti yang hebat
iaitu Dinasti Ming dan Dinasti Sung. 
p/s
: nantikan sambungan artikel bertajuk, ‘Agama Dikalangan Orang Cina’
 
No comments:
Post a Comment