Monday, 14 December 2015
BAHASA ADALAH BANGSA
dalam banyak-banyak lagu, lagu apa yang korang suka? i means lagu melayu, lagu inggeris, lagu cina, lagu hindustan, lagu korea? sebenarnya semua lagu tu saya suka. tapi kebanyakan rakan-rakan saya mesti lebih menyukai lagu inggeris. saya lebih menyukai lagu melayu yang dahulu, tak macam lagu melayu sekarang yang tak boleh nak hayati liriknya (tak semua lagu la)
bagi saya lagu melayu dulu dulu banyak kata-kata puitis yang indah.
tu muqaddimah je baru. saya cerita istilah , tatabahasa yang sering disalah guna oleh masyarakat kita sekarang ni.
bersama-sama
perkataan bersama dan bersama-sama membawa maksud yang berbeza. sangat penting utnuk pembaca mengetahui hal ini.
selalu orang kata " marilah kita bersama berganding bahu...." ianya Salah.
Sepatutnya, " marilah kita bersama-sama berganding bahu...." ini Betul.
perkataan 'bersama' digunakan untuk orang yang ingin melakukan hubungan atau bersetubuh.
jika anda mengatakan " Mr, Washington telah berucap bersama Sally dalam sebuah majlis..." ia akan memberi maksud yang berbeza.
dari dan daripada
1. ' surat ini dari siapa? '
2. ' surat ini daripada siapa?'
mana betul? jawapannya yang no.2
1. ' dari mana surat ini?'
2. ' daripada mana surat ini?'
mana betul? jawapannya, yang no.1
pembezaan dan perbezaan
apakah pembezaan aku dan dia --- salah
apakah perbezaan aku dan dia ----- betul
istilah PEMBEZAAN hanya untuk matematik dibawah tajuk kalkulus.
p/s ; bersambung
ETIKA KERJA
Dalam sesi pembelajaran saya, saya telah ditugaskan untuk menerangkan serba sedikit mengenai tajuk dibawah. Saya ingin berkongsikan kajian saya pada anda semua adalah kerana pada pendapat saya pengamalan etika yang baik adalah sangat penting bagi kita semua. Terutamanya dalam aktiviti pengurusan. Berikut adalah kajian saya. 
HARIMAU
Pada tempoh hari yang lalu, lecturer kami telah memberi tugasan untuk mencipta satu brochure tentang apa-apa yang berkaitan tapi mestilah mengenai akademik.
Masa tu, saya terfikir untuk mengambil tajuk " KENALI SPESIS HARIMAU "
Bak kata lain, saya memamg minat/suka/teruja melihat harimau. Haiwan lain yang saya gemari seangkatan dengannya seperti singa.
Kenapa harimau? Tak takut ke?
Sebab kegarangan dia tu menjadi inspirasi bagi saya. Dan saya juga pernah mengambil test mengenai ciri-ciri haiwan yang ada pada saya, ternyata Harimau jawapannya. Haha.
Takut, memanglah takut kalau jumpa tapi selagi tak jumpa buat apa nak takut. Kadang-kadang teringin sangat nak jumpa. Pernah tengok muka harimau yang cute? So adorable. :)
Haaa, inilah brochure yang saya create tempoh hari. Fakta menarik tentang harimau, ada saya nyatakan.
AGAMA DIKALANGAN ORANG CINA.
   Seperti
yang dijanjikan tempoh hari, saya akan berkongsi artikel berkaitan agama atau
kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat cina sejak dahulu kala lagi.
Pertama
sekali ialah  falsafah yang dipegang oleh
masyarakat China, terdapat dua falsafah iaitu Konfucianisme dan Taoisme.
   Berkenaan
falsafah Taoisme, ia berasaskan ajaran oleh Lao Tze dan juga Chuang Tzu dimana
falsafah ini menekankan keharmonian alam semesta. Kebanyakan yang memegang
falsafah ini adalah dikalangan penduduk di kawasan yang terpencil.
   Manakala
falsafah Konfuciannisme diperkenalkan oleh ahli falsafah China yang bernama
Confucius. Falsafah ini tidak menganggap satu agama itu berunsur ketuhanan,
akan tetapi ia merupakan amalan-amalan yang baik seperti budi bahasa, kemurahan
hati, amanah, rajin, dan semua sifat baik. Berbeza dengan ajaran Taoisme,
Konfucianisme dianuti oleh pegawai-pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi.
   Kedua,
ialah pengaruh agama luar iaitu Agama Buddha dan Agama Islam.
Agama
Buddha meresap dalam masyarakat China semasa kejatuhan pemerintahan Dinasti
Ming. Pada masa itu, kekuasaan kerajaan Maharaja Ming menjadi Lemah. Agama ini
mengajar supaya setiap penganut hidup secara sederhana tiada tamak haloba
dalamdiri masing-masing. Ajaran ini juga disenangi oleh golongan bawahan
seperti petani.
   Agama
Islam pula berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W. Pada masa dahulu, ramai
golongan orang Arab yang berlabuh di negara China, dan membuat penempatan
disitu. Oleh itu agama Islam tersebar ke serata China. Sumbangan agama Islam
kepada China adala termasuk ilmu astronomi, matematik, pelayaran, perubatan,
dan juga pembinaan.
   Kesimpulannnya,
ajaran yang dianuti oleh masyarakat China semuanya mengajarkan hal-hal yang
baik dan sifat jahat itu merupakan keburukan.
CHINA
   Korang
mesti pernah tengok cerita cina kan? Sama ada kung-fu, polis-polis, peguam bela
mahupun love story. Samalah saya pun layan cerita cina juga lagi-lagi kalau
hero dia Jet Li atau Jackie Chan. 
Entri
ini akan saya kongsikan berkenaan dengan negara China, tapi bukan lah filem dan
hero saya nak cerita, ianya berkaitan dengan kajian yang saya buat sempena
presentation saya tempoh hari dalam kursus Etika Perbandingan.
   Bercakap
mengenai china, ianya tak lari daripada istilah Dinasti. Lepas saya buat
research, dapatlah saya tahu sedikit demi sedikit tentang Dinasti Ming dan
Dinasti Sung.
Saya
mulakan dengan Dinasti Ming, dimana ia dikatakan sebuah kerajaan Islam di China
kerana ramai orang Islam yang datang berhijrah ke China dan mula menyebarkan agama
islam disana pada masa itu. Mereka juga telah menubuhkan pusat pengajian Islam
bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna.
   Sebut
saja Dinasti Ming, ia adalah  kisah
Laksamana Cheng Ho yang tidak diragui lagi kehebatannya yang disebut oleh para
sejarawan. Nak cerita pasal Cheng Ho ni, beliau merupakan seorang pedagang,
pelayar, dan yang paling penting, beliau seorang Muslim. 
Beliau
pernah belayar ke Melaka pada abad ke-15 semasa pemerintahan Raja Melaka yang ada
kaitan kisahnya dengan Puteri Hang Li Po. (tak nak cerita pasal yang tuh)
Beliau juga terkenal dengan keberanian, kegagahannya, dan cara beliau
menjelajah ke serata dunia.
   Dah
habis pasal Dinasti Ming, kali ni Dinasti Sung pula.
Dinasti
Sung adalah salah satu dinasti yang terbesar yang pernah memerintah China.
Dinasti Sung adalah pemerintahan pertama didunia yang mencetak wang kertas dan
mendirikan angkatan laut.
Daerah
Dinasti Sung tebahagi kepada dua kawasan, Sung Utara dan Sung Selatan. Kawasan
yang terpisah ini adalah untuk mengelakkan gangguan daripada bangsa-bangsa
lain. Kerana pada tersebut, banyak gangguan daripada bangsa lain yang membuat
kacau dikawasan mereka.
   Semasa
Dinasti Sung juga, telah berkembangnya pelbagai ilmu yang wujud pada sekarang seperti
teknologi sains, matematik, dan ilmu teknik pra moden. 
Haa,
maka itulah serba sedikit sejarah dan latar belakang dua dinasti yang hebat
iaitu Dinasti Ming dan Dinasti Sung. 
p/s
: nantikan sambungan artikel bertajuk, ‘Agama Dikalangan Orang Cina’
Wednesday, 2 December 2015
PENDRIVE
pernah tak korang alami satu situasi dimana, korang masukkan pendrive dalam laptop/pc, ttbe semua folder bertukar jadi shortcut, dan korang tak boleh nak open certain folder disebabkan shortcut tadi. dan korang dapati semua file besar 100mb lebih, dah jadi 1kb atau 2kb je.
mesti pernah kan? jangan terkejut... relex... sebab anda bukan keseorangan, ramai lagi yang alami situasi yang sama (termasuk saya).
pendrive atau sd kad yang jadi macam ni sebab ada virus yang tersembunyi yang korang punya pendrive/sd kad. contohnya AUTORUN.INF. kalau korang cuba delete autorun.inf ni sekali pun, bende tu tak boleh hilang jugak, tak percaya? cubalah...
dan yang penting, korang jangan terus format pendrive korang. mesti korang sayangkan benda-benda yang disimpan dalam tuh.
sebenarnya kita ada jalan penyelesaian untuk masalah yang sebegini rupa.
entri kali ini nak berkongsi tentang cara nak buka pendrive yang jadi shortcut.
1. pergi dekat 'start' - kalau tak tahu, tempat yang korang nak shutdown tu.
2. dekat search, taip 'run'
3. akan keluar RUN, enter kat situ atau klik dia.
4. keluar satu kotak, taip 'cmd' , enter
5. satu window hitam akan keluar.
6. kenalpasti removable korang sama ada g/e/h/f (boleh tengok dekat My Computer?
7. taip ni dekat windows cmd tadi----> attrib -h -r -s /s /d g:\*.*   ( kalau pendrive tu selain G, contohnya E, ganti 'g' tu kepada 'e'
8. cuba check file dekat pendrive tu dah bukak dah?
selamat maju jaya
Subscribe to:
Comments (Atom)
 

