Monday, 14 December 2015

BAHASA ADALAH BANGSA


dalam banyak-banyak lagu, lagu apa yang korang suka? i means lagu melayu, lagu inggeris, lagu cina, lagu hindustan, lagu korea? sebenarnya semua lagu tu saya suka. tapi kebanyakan rakan-rakan saya mesti lebih menyukai lagu inggeris. saya lebih menyukai lagu melayu yang dahulu, tak macam lagu melayu sekarang yang tak boleh  nak hayati liriknya (tak semua lagu la)
bagi saya lagu melayu dulu dulu banyak kata-kata puitis yang indah.

tu muqaddimah je baru. saya cerita istilah , tatabahasa yang sering disalah guna oleh masyarakat kita sekarang ni.

bersama-sama

perkataan bersama dan bersama-sama membawa maksud yang berbeza. sangat penting utnuk pembaca mengetahui hal ini.
selalu orang kata " marilah kita bersama berganding bahu...." ianya Salah.
Sepatutnya, " marilah kita bersama-sama berganding bahu...." ini Betul.
perkataan 'bersama' digunakan untuk orang yang ingin melakukan hubungan atau bersetubuh.
jika anda mengatakan " Mr, Washington telah berucap bersama Sally dalam sebuah majlis..." ia akan memberi maksud yang berbeza.

dari dan daripada

1. ' surat ini dari siapa? '
2. ' surat ini daripada siapa?'
mana betul? jawapannya yang no.2

1. ' dari mana surat ini?'
2. ' daripada mana surat ini?'
mana betul? jawapannya, yang no.1

pembezaan dan perbezaan

apakah pembezaan aku dan dia --- salah
apakah perbezaan aku dan dia ----- betul

istilah PEMBEZAAN hanya untuk matematik dibawah tajuk kalkulus.

p/s ; bersambung




ETIKA KERJA

Dalam sesi pembelajaran saya, saya telah ditugaskan untuk menerangkan serba sedikit mengenai tajuk dibawah. Saya ingin berkongsikan kajian saya pada anda semua adalah kerana pada pendapat saya pengamalan etika yang baik adalah sangat penting bagi kita semua. Terutamanya dalam aktiviti pengurusan. Berikut adalah kajian saya. 

HARIMAU


Pada tempoh hari yang lalu, lecturer kami telah memberi tugasan untuk mencipta satu brochure tentang apa-apa yang berkaitan tapi mestilah mengenai akademik.

Masa tu, saya terfikir untuk mengambil tajuk " KENALI SPESIS HARIMAU "

Bak kata lain, saya memamg minat/suka/teruja melihat harimau. Haiwan lain yang saya gemari seangkatan dengannya seperti singa.

Kenapa harimau? Tak takut ke?

Sebab kegarangan dia tu menjadi inspirasi bagi saya. Dan saya juga pernah mengambil test mengenai ciri-ciri haiwan yang ada pada saya, ternyata Harimau jawapannya. Haha.

Takut, memanglah takut kalau jumpa tapi selagi tak jumpa buat apa nak takut. Kadang-kadang teringin sangat nak jumpa. Pernah tengok muka harimau yang cute? So adorable. :)


Haaa, inilah brochure yang saya create tempoh hari. Fakta menarik tentang harimau, ada saya nyatakan.

AGAMA DIKALANGAN ORANG CINA.


   Seperti yang dijanjikan tempoh hari, saya akan berkongsi artikel berkaitan agama atau kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat cina sejak dahulu kala lagi.
Pertama sekali ialah  falsafah yang dipegang oleh masyarakat China, terdapat dua falsafah iaitu Konfucianisme dan Taoisme.

   Berkenaan falsafah Taoisme, ia berasaskan ajaran oleh Lao Tze dan juga Chuang Tzu dimana falsafah ini menekankan keharmonian alam semesta. Kebanyakan yang memegang falsafah ini adalah dikalangan penduduk di kawasan yang terpencil.

   Manakala falsafah Konfuciannisme diperkenalkan oleh ahli falsafah China yang bernama Confucius. Falsafah ini tidak menganggap satu agama itu berunsur ketuhanan, akan tetapi ia merupakan amalan-amalan yang baik seperti budi bahasa, kemurahan hati, amanah, rajin, dan semua sifat baik. Berbeza dengan ajaran Taoisme, Konfucianisme dianuti oleh pegawai-pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi.

   Kedua, ialah pengaruh agama luar iaitu Agama Buddha dan Agama Islam.
Agama Buddha meresap dalam masyarakat China semasa kejatuhan pemerintahan Dinasti Ming. Pada masa itu, kekuasaan kerajaan Maharaja Ming menjadi Lemah. Agama ini mengajar supaya setiap penganut hidup secara sederhana tiada tamak haloba dalamdiri masing-masing. Ajaran ini juga disenangi oleh golongan bawahan seperti petani.

   Agama Islam pula berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W. Pada masa dahulu, ramai golongan orang Arab yang berlabuh di negara China, dan membuat penempatan disitu. Oleh itu agama Islam tersebar ke serata China. Sumbangan agama Islam kepada China adala termasuk ilmu astronomi, matematik, pelayaran, perubatan, dan juga pembinaan.


   Kesimpulannnya, ajaran yang dianuti oleh masyarakat China semuanya mengajarkan hal-hal yang baik dan sifat jahat itu merupakan keburukan.

CHINA


   Korang mesti pernah tengok cerita cina kan? Sama ada kung-fu, polis-polis, peguam bela mahupun love story. Samalah saya pun layan cerita cina juga lagi-lagi kalau hero dia Jet Li atau Jackie Chan.
Entri ini akan saya kongsikan berkenaan dengan negara China, tapi bukan lah filem dan hero saya nak cerita, ianya berkaitan dengan kajian yang saya buat sempena presentation saya tempoh hari dalam kursus Etika Perbandingan.

   Bercakap mengenai china, ianya tak lari daripada istilah Dinasti. Lepas saya buat research, dapatlah saya tahu sedikit demi sedikit tentang Dinasti Ming dan Dinasti Sung.
Saya mulakan dengan Dinasti Ming, dimana ia dikatakan sebuah kerajaan Islam di China kerana ramai orang Islam yang datang berhijrah ke China dan mula menyebarkan agama islam disana pada masa itu. Mereka juga telah menubuhkan pusat pengajian Islam bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna.

   Sebut saja Dinasti Ming, ia adalah  kisah Laksamana Cheng Ho yang tidak diragui lagi kehebatannya yang disebut oleh para sejarawan. Nak cerita pasal Cheng Ho ni, beliau merupakan seorang pedagang, pelayar, dan yang paling penting, beliau seorang Muslim.
Beliau pernah belayar ke Melaka pada abad ke-15 semasa pemerintahan Raja Melaka yang ada kaitan kisahnya dengan Puteri Hang Li Po. (tak nak cerita pasal yang tuh) Beliau juga terkenal dengan keberanian, kegagahannya, dan cara beliau menjelajah ke serata dunia.

   Dah habis pasal Dinasti Ming, kali ni Dinasti Sung pula.
Dinasti Sung adalah salah satu dinasti yang terbesar yang pernah memerintah China. Dinasti Sung adalah pemerintahan pertama didunia yang mencetak wang kertas dan mendirikan angkatan laut.
Daerah Dinasti Sung tebahagi kepada dua kawasan, Sung Utara dan Sung Selatan. Kawasan yang terpisah ini adalah untuk mengelakkan gangguan daripada bangsa-bangsa lain. Kerana pada tersebut, banyak gangguan daripada bangsa lain yang membuat kacau dikawasan mereka.

   Semasa Dinasti Sung juga, telah berkembangnya pelbagai ilmu yang wujud pada sekarang seperti teknologi sains, matematik, dan ilmu teknik pra moden.
Haa, maka itulah serba sedikit sejarah dan latar belakang dua dinasti yang hebat iaitu Dinasti Ming dan Dinasti Sung.


p/s : nantikan sambungan artikel bertajuk, ‘Agama Dikalangan Orang Cina’

Wednesday, 2 December 2015

PENDRIVE

pernah tak korang alami satu situasi dimana, korang masukkan pendrive dalam laptop/pc, ttbe semua folder bertukar jadi shortcut, dan korang tak boleh nak open certain folder disebabkan shortcut tadi. dan korang dapati semua file besar 100mb lebih, dah jadi 1kb atau 2kb je.

mesti pernah kan? jangan terkejut... relex... sebab anda bukan keseorangan, ramai lagi yang alami situasi yang sama (termasuk saya).

pendrive atau sd kad yang jadi macam ni sebab ada virus yang tersembunyi yang korang punya pendrive/sd kad. contohnya AUTORUN.INF. kalau korang cuba delete autorun.inf ni sekali pun, bende tu tak boleh hilang jugak, tak percaya? cubalah...

dan yang penting, korang jangan terus format pendrive korang. mesti korang sayangkan benda-benda yang disimpan dalam tuh.

sebenarnya kita ada jalan penyelesaian untuk masalah yang sebegini rupa.

entri kali ini nak berkongsi tentang cara nak buka pendrive yang jadi shortcut.

1. pergi dekat 'start' - kalau tak tahu, tempat yang korang nak shutdown tu.
2. dekat search, taip 'run'
3. akan keluar RUN, enter kat situ atau klik dia.
4. keluar satu kotak, taip 'cmd' , enter
5. satu window hitam akan keluar.
6. kenalpasti removable korang sama ada g/e/h/f (boleh tengok dekat My Computer?
7. taip ni dekat windows cmd tadi----> attrib -h -r -s /s /d g:\*.*   ( kalau pendrive tu selain G, contohnya E, ganti 'g' tu kepada 'e'
8. cuba check file dekat pendrive tu dah bukak dah?

selamat maju jaya

Monday, 30 November 2015

Hari Interaksi Siswi

Hmmm, banyak betul interaksi kene buat kan.. macam tu lah kerja berpasukan, sebelum bergeraknya kerja kena lah kenal dulu siapa rakan sepasukan barulah boleh wujudnya komunikasi, komitmen, kerjasama dalam pasukan.

pada tanggal 25 NOV pula telah terjadinya hari interaksi siswi kami. interaksi kali sempoi2 je, kitorang just main games dan makan2..

ahli pun takde lah ramai sangat, so tempatnya pun hanya didalam bilik seminar kolej saya.

masa tu saya jadi MC, (bukan kos sut ) sebab ganti MC yang tak dapat hadir.

mula2 kenal2, ala duduk dalam bualatan macam buat usrah tu. lepas tuh buat games (games lagi).

Antaranya, buat gaya berdasarkan ayat yang dipilih dari kertas. tapi bayangkan la kalau ayat dia tu pelek2, macam mana nak buat ? nak kasi orang lain faham?

' seekor gorilla sedang mencabut bulu ketiak'
' monyet meloncat kerana terpijak semut '

banyak lagi yang nonsense. takbolehuploadnantikenebanned

then, main telefon rosak ( tau kan? so tapayah terang)
' jamal jalan jalan, jalan jalan jumpa jambu, jamal jolok jambu, jambu jatuh, jepun jerit'
' katak ketip kuku kakinya, kawan karibnya kodok bertanya, kenapa kau ketip kuku kaki kau katak?'

seterusnya main berebut kerusi, haaaa masa ni berebutlah semua orang dekat kerusi tu. padahal banyak je lagi kerusi lain dalam bilik tu. Lol


oh lupa nak cakap, akhir sekali, kitorang makan nasi goreng chicken chop.

Hari Interaksi Mega TG2KM

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian. Entri saya pada kali ini ialah tentang program yang telah saya sertai di kolej saya iaitu menjadi sekretatiat Siswi.

Sekretariat ini ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti/program seperti Hari kanak-kanak, Sukaneka, Prgram Derma Darah, Projek Gelandangan dan sebagainya.

Ahli2 siswi terbahagi kepada dua bahagian , Kebajikan dan KASWITA

Bagi siapa yang terlibat dengan Siswi, secara tak langsung akan menjadi sebahagian ahli TG2KM iaitu salah satu program flagship di kolej kami.

Sebelum program2 yang disebut diatas bergerak/dijalankan, kami telah pun melaksanakan Hari Interaksi Mega TG2KM yang melibatkan Exco dan AJK TG2KM

Tanggal 22 NOV 2015 berlangsungnya hari interaksi tersebut di Court, KKM , pada jam 7.30 pagi

Muzik rancak dimainkan dan apalagi, senamrobik pun mulalah.

Agihan kumpulan berulang-ulang kali membuatkan saya agak stress pada mulanya, selepas itu barulah saya faham, inilah yang dikatakan interaksi dimana kami perlu mencari/mengenal/berkomunikasi dengan orang yang kita tidak kenali sebelum ini.

Akhirnya, kumpulan telah berjaya ditubuhkan dengan 5 orang ahli setiap kumpulan.

Seterusnya, saya nak kongsikan antara games/missions  yang perlu kami selesaikan.

1. Masukkan kapal terbang kertas ke dalam baldi
    Setiap ahli perlu menerbangkan kapal terbang (yang dah disediakan oleh fasi) ke dalam baldi dalam masa 3 min.

2. Tolak tin
   hujung tali rapia (tak tahu eja) diikat pada tin, dan hujung satu lagi diikat pada pinggang pemain. tolak tin satu lagi menggunakan tin yang telah diikat. (games ni malu sikit)

3. belon air
    baling belon air kebelakang kearah rakan pemain sehingga pemain terakhir.

4. sudu garpu
    asingkan sudu dan garpu yang bercampur dalam kotak dalam masa 1 min.
    buat 5 perkataan daripada konsonan dan vokal yang terdapat pada sudu/garpu yang dipilih.

5. makan
    pemain pertama perlu menghabiskan maggi hot cup, kemudian pemain lain makan telur rebus, then makan cokelat, lepastu orang last minum air gas. dalam masa yang ditetapkan.

p/s : haaa, ni antara aktiviti yang kitorang buat. bestla jugak. dapat ahli group yang happening.



Wednesday, 25 November 2015

Picture Editor

haiii, hari ni saya nak cerita hobi saya yang satu ni iaitu mengedit gambar. daripada gambar tu simple jadi extreme (macam gempak la)

dari dulu lagi saya suka edit gambar sebab tu la jadi hobi. mengisi masa lapang la katakan.
memori gambar dengan kawan-kawan
crop, grid, layers. ni guna pixlr editor dan befunky. on9 je. guna App dekat Chorme



ni guna webcam toy, download je dari Apps Chrome

 pertandingan kad raya elektronik, dekat sekolah, menang la no.2 haha

 ni gambar biase je , guna picMonkey
ni special sikit sebab lama nak siapkan, secara offline je, guna pain.Net,

Before
 After
yang bawah lepas edit guna photoshop.. belajar masa bengkel photoshop kolej hari tu.

hmmm banyak lagi gambar yang dah diedit, tapi ni jelah yang sempat upload. saya percaya yang korang pun mesti dah banyak kali buat edit2 gambar ni kan. design sendiri dan lebih hebat daripada saya. so, saya nak tekankan kalau buat sesuatu tu biarlah hati kita ni bahagia, bila bahagia barulah ada output yang baik. macam nak tuntut ilmu kenalah gembira dan jangan stress. barulah ilmu tu boleh masuk dan sebati dalam jiwa.. macam edit-edit ni pun satu ilmu jugak kan..

sekian..

Hari Interaksi Sekretariat Keusahawanan KKM

Sebagai pengenalan, saya merupakan salah seorang sekretariat keusahawanan di kolej kediaman saya. Sekretariat ini ditubuhkan untuk melancarkan program mobiliti kami ke Beijing, China akan datang. Permulaan gerak kerja kami adalah mengadakan Hari Interaksi & Pembersihan Pantai di Ekomar Mersing, Johor pada tanggal 9-11 Oktober 2015. Program ini adalah hasil kerjasama bersama-sama IM4U.

Selama 2 hari 1 malam merupakan saat yang bermanfaat yang banyak pengetahuan yang saya perolehi dengan aktivit-aktiviti yang berfaedah dan menggembirakan hati. Perjalanan kami bermula pada jam 1.00 pagi dengan menaiki bas dan tiba dalam jam 7.30 pagi.

Selepas meletakkan barang dan sarapan, kami memulakan aktiviti dengan mengagihkan kumpulan. Sesi pengenalan dijalankan dalam beberapa minit bersama-sama ahli kumpulan. Then, mulalah perjalanan explorace. Pelbagai games yang menarik. Apa yang saya tak boleh lupa ialah terpaksa kemam air sirap garam yang pekat untuk penuhkan satu botol. yukkkssss (bayangkan jelah)

Ada juga denda sebab tak boleh selesaikan mission yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan, iaitu, menyapu pasir debu pantai dekat muka. Haaa masa tu tak sapu betul-betul pun, gaya je lebih.

okey dah penat membebel... nahhh korang tengok la gambar pulak...
 masa mula sampai di destinasi, mamai, ngantuk, sakit pinggang, sejuk
 masukkan air dari cawan dalam botol guna tali

majlis perasmian dan anugerah pemenang.

  mari bergambar

 pembentangan cara meminta dana

the making tower of straw

dah bersih pantai, mari bergambar, pastu celup2 dalam air.

Monday, 16 November 2015

SETEM HASIL



    Baru-baru ni saya ditawarkan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor. Alhamdulillah. Dan semestinya kita kene selesaikan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak Lembaga. Macam saya, dia orang minta 5 set perjanjian berserta setem hasil yang telah dimeterai setiap satu.
Kepada pembaca blog yang tertanya-tanya atau konfius nak uruskan hal yang ada kaitan dengan setem hasil, disini saya ada jalan penyelesaiannya.

Kalau siapa-siapa yang tak beli lagi setem hasil (macam saya ni) boleh beli dekat mana2 pejabat pos yang berkaitan. Sebab saya pelajar UKM, jadi saya beli dekat PUSANIKA aras 6, yang ada kerusi-kerusi merah tu. Ambil nombor dan tunggu giliran lepas tu pergi kaunter pelbagai cakap je nak beli setem hasil. Setiap setem hasil harganya RM10.
Lepastu lekatkan setem hasil dekat borang-borang yang berkaitan, selalunya dekat buju atas belah kanan kertas.

Untuk matikan setem hasil, korang boleh pergi dekat pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ada dekat Stesen Bas aras 3 Pekan Kajang, Jalan Reko. Haa caranya ;
-Boleh naik bas rapid cakap nak pergi pekan kajang bayar RM1.
-Masuk bangunan stesen bas tu, naik je mana-mana tangga / lif pergi aras 3.
-Cari pejabat LHDN.
-Pergi kaunter giliran kanan sekali, diorang akan bagi borang untuk isi. Isi yang penting je, dia dah tanda mana yang perlu diisi. Korang kene bawa pen sendiri sebab kat sana tak de pen.
-Hantar balik kat kaunter tu, dorang akan bagi nombor giliran.
-Tunggu nombor dipanggil, dan pergi kaunter.
-Dorang akan cop dekat setem yang korang dah lekat.

Selesai.

Sekejap je, tak sampai 10 min pun urusan dia. Tapi yang lamanya sebab perjalanan la. Naik bas tu ambil masa. Haa nak balik UKM tu nanti naik bas yang ada nombor sama macam yang korang naik mula-mula tadi.

Kalau macam kes saya, saya bernasib baik sebab masa bas berhenti dekat stesen bas tu, masa rehat bas. Jadi bila saya selesai matikan setem hasil, bas rapid tu masih ada tepat-tepat dia nak gerak dah.
So, tu je kisah saya dan setem hasil. Harap entri kali ni membantu para pembaca.

Monday, 26 October 2015

PING PONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga blogger2 mahupun bukan blogger sekalian, yang berada nun jauh di hujung sana tanpa megira waktu kita sentiasa boleh berhubung dengan hanya dipisahkan oleh screen laptop berpasangkan internet berkelajuan tinggi mengalahi Usain Bolt yang berlari sepantas kilat walaupun kita tahu dek akal yang kilat lebih pantas dari segala-galanya (haish bila nak jumpa noktah ni? )  Yela2, ............."noktah"......................
    
     Entri saya yang kedua ini saya nak menceritakan cara-cara, peraturan, undang-undang, langkah,langkah untuk bermain satu permainan yang menggunakan sebiji bola (tapi sebenarnya kene guna banyak bola) yang agak ringan diatas meja yang direka khas untuk pemain yang disayanginya pun adoi. Dinamakan PING-PONG tapi, bukan biskut cap ping pong ye.
okey, kali ni serius.....
 
     Ping pong boleh dimain secara individu/solo (1vs1) dan beregu (2vs2). Cara mengira point   yang diperolehi bagi solo dan beregu adalah berbeza sama sekali.
  
  1st serve

Pemain A perlu melantunkan bola sebanyak dua kali di atas meja, lantukan pertama diatas meja sendiri sehingga ia melantun kali kedua di meja pihak lawan.

Solo : Pemain A bebas melantunkan bola sama ada kiri atau kanan pada lantunan kedua di meja pihak lawan.

Beregu : Pasukan A perlu memastikan 1st serve yang dilancarkan adalah bersilang dengan kedudukan anda. Jika anda berada dikanan, bola lantunan kedua mesti dikotak kiri pihak lawan hadapan anda.

Sambut Bola

Pemain harus menyambut bola apabila bola melantun di meja anda hanya sekali. Jika dua kali bola melantun maka point anda akan hilang. Sama juga jika anda menyambut bola sebelum bola melantun dimeja anda.

Solo : pemain bebas berada dimana-mana kedudukan semasa menyambut bola.

Beregu : jika Pasukan A pemain 1 melakukan 1st serve, pasukan B pemain 1 akan menyambut bola, kemudian pasukan A pemain 2 akan menyambut bola dan pasukan B pemain 2 menyambut bola, seterusnya pasukan A pemain 1. Sambutan bola perlu diselang seli antara pemain. Sekiranya pemain tidak menyambut bola semasa giliran dia, markah akan diberi kepada pihak lawan.

Out

Jika bola dari pihak lawan tidak melantun dimeja kita, tetapi jauh tersasar (berdasarkan anggaran kita) maka, kita biarkan bola itu, dan mata menjadi milik kita. Sekiranya kita menyambut bola yang sudah out ke pihak lawan, dan pihak lawan tidak melakukan  apa-apa, maka kita akan hilang point. 

Point Akhir

Pemenang boleh ditentukan melalui point yang dikumpul oleh pemain sama ada 11p atau 21p. Jika kedua-dua pasukan seri pada point ke-10 atau ke-20, maka point kemenangan akan dinaikkan kepada 12 atau 22. Begitu juga jika seri pada point 11 dan point 21, akan dinaikkan sebanyak 1 point.

Kesimpulan. 
Permainan secara beregu lagi senang nak dapat point kalau teammate tu boleh coorperate betul-betul. Dan susah hilang point juga sebab salah sikit je, point akan diberi kepada pihak lawan.

   Sampai sini saja entri saya kali ni. Maaf kalau ada yang tersalah pasal rules yang dibentangkan tu.

Wednesday, 21 October 2015

DATA


    Pertama sekali, Assalamulaikum w.b.t. dan selamat datang ke blog saya yang tersergam indah lagi persona membuatkan hati anda membuak-buak ingin mengetahui apakah yang tersurat dalam 1st entri saya ni. Haa gempak tak muqaddimah? Well you know me~ (angin sepoi2 meniup pipi yang gebu)
   Bila anda lihat tajuk yang tulis kat atas tu DATA , apa yang terlintas dalam fikiran anda? Apa yang popap= ‘pop up’ dalam minda anda? Apa yang berlingar-lingar dalam kawasan serebrum/serebelum anda? Haa , banyak pulak la soalan, pertanyaan, kenyataan, kemusykilan aku kat korang ni. Tertekan tak? (noted : stress not press)
    Relex, jangan marah-marah tak sudah nanti susah lah. Okey2, saya tak main-main dah nak bagitahu la ni. Ehem.. ehem..
   DATA. What I mean here is not about, data kewangan korang atau penyanyi kumpulan data yang nyanyi lagu mengulit kenangan atau data yang kita belajar Microsoft Excel atau subjek matematik yang banyak-banyak data tu. TAPI…. Cara bagaimana korang simpan data=maklumat , cara korang gunakan data tu bila diperlukan.
   Sebenarnya, entri saya ni lebih kepada nak meluahkan perasaan yang tak terluah2 sejak berabad lamanya. Hmmm
Kisahnya, saya terlibat dalam sebuah organisasi dikolej saya dimana sebelum menyertai organisasi tersebut, kami diarah untuk mengisi borang-borang peribadi yang menyatakan maklumat-maklumat kami seperti nombor telefon, email, ic dan sebagainya. Kemudian kami di invite dalam group whatsapp yang khas untuk organisasi itu. Satu hari notification keluar daripada s/u untuk meminta data=maklumat setiap seorang daripada kami. Daripada miminta nombor telefon di group, disuruh lagi pm=personal message ic, dan seterusnya. (berulang2)
   Ye, ini zaman teknologi. Semuanya di hujung jari tiada apa yang perlu dirisaukan dan tidak menyusahkan. Tapi, saya nak tanya di mana data-data kami ? korang tak buat kerja ke?
   Saya juga ada perlu menyelesaikan beberapa dokumen bagi pinjaman saya dan setiap proses saya perlu mengemukan dokumen yang sama. Kemudian saya terfikir sejenak, inikah caranya? Cara manusia bekerja.
   Dan saya berfikir secara positif kembali, jika kita menyenangkan kerja orang,orang akan menyenangkan kita. Jadi, bila kita just bagi apa2 yang dorang minta, tak da lah susah-susah dorang nak cari data kita satu-satu untuk keyin. Haa tu la namanya kita menyenangkan kerja orang lain.
PENGAJARAN:
1.      Sentiasa bersabar
2.      Senangkan kerja orang

3.      Berfikir positif selalu